WAWASAN SEKOLAH MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA 4 BIDANG BERIKUT :

BIDANG KURIKULUM

  1. Tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM ialah 100%.
  2. 80% daripada pelajar PMR mendapat sekurang-kurangnya 8D.
  3. Tahap pencapaian dalam semua mata pelajaran ialah 100%.

BIDANG KOKURIKULUM

  1. Memastikan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah 100%.
  2. Sifat kepimpinan pelajar dapat digilap melalui aktiviti kokurikulum.
  3. Melalui kegiatan kokurikulum dapat membina pelajar yang sihat dan mahir dalam bidang yang diceburi.
  4. Mencungkil dan mengasah bakat pelajar yang berkebolehan dalam bidang yang mereka ceburi.
  5. Menyertai dalam apa jua kegiatan kokurikulum sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

BIDANG SAHSIAH

  1. Kehadiran pelajar ke sekolah adalah 100%.
  2. Pelajar diasuh mengamalkan budaya sopan santun.
  3. Pelajar perlu menghayati nilai-nilai murni.
  4. Pelajar perlu tahu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
  5. Pelajar sentiasa rajin berusaha, berdikari dan sedia berbakti.
  6. Pelajar zero merokok, zero dadah dan inhalen.
  7. Pelajar mematuhi peraturan sekolah.

BIDANG PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

  1. Mewujudkan iklim dan tempat kerja yang selesa.
  2. Memastikan prasarana sekolah dalam keadaan lengkap.
  3. Mewujudkan sistem nilai dan hala tuju yang jelas.
  4. Mewujudkan budaya kerja tanpa kecacatan.
  5. Mewujudkan pengurusan yang cekap, tepat dan inovatif selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2010. SMK Simpang Pulai

PENAFIAN: SMK SIMPANG PULAI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.