Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Pendidikan merupakan agen perubahan dalam masyarakat dan pemangkin ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh di peringkat sekolah.

Oleh yang demikian, pihak sekolah telah merangka pelbagai program bagi mencapai matlamat FPK selain memenuhi visi dan misi sekolah ini sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang meliputi enam teras utama iaitu:

Sejajar dengan tuntutan tersebut maka pihak sekolah telah menyediakan Buku Panduan Senarai Tugas Guru dan Takwim 2010 sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat agar dapat melaksanakan program yang dirangka dengan penuh tanggungjawab. Diharapkan semua program yang dirancang itu dapat memacu kecemerlangan dalam segala bidang yang dihasratkan.

Semoga dengan itu , SMK Simpang Pulai akan terus maju pada 2010.

 

 

 

 

Ilmu Merealisasikan Wawasan

 

Kata-kata Aluan

En. Ibrahim bin Mat Diah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2010. SMK Simpang Pulai

PENAFIAN: SMK SIMPANG PULAI tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.